Afdlin Shauki masih menyiapkan draf kedua skrip filem terbarunya, Sandakan Tears manakala aktor popular Hollywood, Hugh Jackman antara pelakon yang disebut membintangi filem tersebut. (Gambar: afdlinshaukiofficial - Instagram & pinterest)
Filem itu pada mulanya dijangka membelanjakan modal sebanyak RM3 juta turut berhasrat mengambil khidmat aktor popular, Hugh Jackman untuk membintanginya. Terkini, projek itu yang diberi judul Sandakan Tears memerlukan bajet sebanyak RM67.2 juta.
Afdlin yang masih mencari pelabur antarabangsa khususnya dari Australia akan memilih lokasi penggambaran di sekitar Sandakan, Australia dan studio Pinewood, Iskandar Malaysia. Tambahnya, draf pertama filem yang turut dibiayai Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) ini sudah siap ditulis dua penulis skrip dari Hollywood yang mengambil masa setahun untuk melakukan penyelidikan sebelum menyiapkannya, seperti dilaporkan Star2.
Ketika ini juga dia bersama isterinya, Maria Christina Orow Abdullah sedang menyiapkan draf kedua untuk skrip filem tersebut. Katanya, draf kedua filem ini akan dihantar ke Hollywood untuk sebarang penambahbaikkan agar ia mencapai standard filem antarabangsa.
Meskipun, filem ini dijangka menggunakan pelakon dari Amerika Syarikat dan Australia, Afdlin berharap ia juga menggunakan pelakon tempatan termasuk watak wanita Kadazan yang membantu mangsa perang ini.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Sandakan Tears Arahan Afdlin Shauki Bernilai RM67.2 Juta"
Post a Comment