Rindu berjauhan? Kini anda boleh rasai lembutnya ciuman bibir pasangan anda dengan telefon

Hanya menggunakan telefon, tidak lama lagi kita boleh berasa lembutnya kucupan bibir pasangan kita walau masing-masing terpisah beribu-ribu kilometer jauhnya.

Teknologi “Kissinger“, gabungan kata ciuman (kiss) dan pembawa mesej (messenger) tanpa talian, sedang dibangunkan untuk menyampaikan pengalaman cinta itu di bibir pasangan anda.

Perisian program ini mengesan dan merekod tekanan pada bibir anda sebelum dikirim kepada telefon pasangan anda, di mana jua asalkan ada hubungan telefon, lapor Daily Mail.

Dalam persidangan Kongres Antarabangsa Mengenai Cinta dan Seks dengan Robot di Universiti Goldsmiths di sini, teknologi itu ditunjukkan seorang pelajar ijazah kedoktoran.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Rindu berjauhan? Kini anda boleh rasai lembutnya ciuman bibir pasangan anda dengan telefon"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect