Polis mengesahkan video viral di media sosial yang menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki terputus kemaluan ketika bersunat menggunakan teknik pembedahan laser di sebuah klinik di Kajang adalah benar.
Polis sahkan video kanak-kanak terputus kepala kemaluan ketika bersunat adalah benar
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan mengesahkan perkara berkenaan dan telah memanggil beberapa saksi untuk merakam keterangan bagi siasatan lanjut, lapor Bernama.
“Setakat ini tiada sebarang tangkapan dibuat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan cedera parah sama ada secara gopoh atau cuai dengan perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.
“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika dihubungi semalam.
Mangsa yang berusia 10 tahun dibawa bapanya untuk bersunat pada malam 20 Disember lalu.
Ketika sedang berkhatan, doktor memberitahu bapa mangsa bahawa kepala kemaluan anaknya terpotong secara tidak sengaja, lapor portal Berita Harian.
Disebabkan itu bapa mangsa membawa anaknya ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras, sebelum disarankan menjalani rawatan penyambungan semula di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Guru sekolah menengah itu kemudian membuat laporan polis tentang kecuaian yang dilakukan doktor klinik, lapor portal itu lagi.
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Polis sahkan video kanak-kanak terputus kepala kemaluan ketika bersunat adalah benar"
Post a Comment