Permohonan pasport seorang lelaki ditolak kerana beliau dianggap ‘tidak membuka mata’ dalam gambar yang disertakan.
Menurut laporan Dailymail, permohonan tersebut dibuat Isnin lepas supaya Richard Lee boleh pergi ke Australia selepas perayaan Krismas.
Permohonan pasport ditolak kerana ‘tak buka mata’ dalam gambar
Richard yang lahir di Taiwan tetapi membesar di New Zealand ‘pening’ dengan kekeliaruan tersebut.
“Saya dah cuba beberapa kali tetapi tetap ditolak sistem, jadi saya telefon jabatan mereka,” kata Richard.
Katanya, gambarnya ditolak kerana pencahayaan yang tidak sekata.
“Saya ambil foto baru yang kemudiannya berjaya diterima,” jelas Richard.
Kawan-kawan Richard bagaimanapun sudah memuatnaik foto dan borang yang ditolak ke laman Facebook sambil berjenaka dan memanggil sistem berkenaan ‘rasis’.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Permohonan pasport ditolak kerana ‘tak buka mata’ dalam gambar"
Post a Comment