Pengarah terkenal dunia mengakui babak rogol guna mentega dalam “Last Tango in Paris” tidak dimaklumkan kepada Maria Schneider.
Namun Bernardo Bertolucci, 76, menyifatkan tanggapan bahawa pelakon wanita muda itu tidak tahu tentang babak seks melalui dubur sebagai “salah faham yang bebal,” lapor AFP.
Pengarah dunia Bertolucci rahsiakan babak rogol guna mentega
Bintang Hollywood mengecam beliau dan pelakon popular Marlon Brando, waktu itu 48 tahun, dengan dakwaan mereka sengaja mendera Schneider dengan tidak memaklumkan babak itu.
Schneider, waktu itu baru 19 tahun, dilaporkan sangat marah dengan babak beliau dirogol dari belakang di atas lantai dalam filem popular itu, diterbitkan pada 1972.
Pengarah Itali itu, dianggap antara yang terbaik di dunia, menegaskan gadis berkenaan mengetahui perincian babak tersebut melalui skrip sebelum melakonnya.
Bertolucci bagaimanapun mengakui mentega tidak dimaklumkan untuk mendapat “reaksi spontan” Schneider, yang bertahun-tahun berang dengan adegan tersebut.
“Kami hanya mahukan reaksi spontannya apabila menggunakan bahan tersebut [mentega] dengan tidak wajar,” katanya, mengulas kontroversi terkini susulan wawancaranya pada 2013.
“Salah faham bermula di sini. Masyarakat fikir Maria tidak mengetahui langsung keganasan yang bakal dilaluinya [dalam babak itu].
“Tidak benar! Maria tahu semua kerana sudah membaca skrip, yang telah menjelaskan semuanya.”
Namun, Bertolucci mengakui penggunaan mentega menyebabkan pelakon itu benar-benar tertekan dan marah.
“Satu-satunya perkara baru adalah idea mentega. Idea ini, saya tahu beberapa tahun kemudian, yang mengecewakan Maria, tetapi bukan keganasan babak itu yang telah digambarkan dalam skrip,” katanya.
Schneider membenci beliau sepanjang hayatnya susulan babak tersebut, kata pengarah itu dalam wawancara tersebut, dua tahun selepas wanita itu mati pada usia 58 tahun.
Mati akibat dadah dan kemurungan pada 2011, Schneider empat tahun sebelumnya berkata beliau berasa “macam dirogol” Brando dan Bertolucci semasa melakonkan babak berkenaan.
Kenyataan Bertolucci dalam wawancara lama itu mengundang kecaman warga internet, dimarakkan lagi reaksi beberapa pelakon terkenal Hollywood.
“Kepada semua penonton yang menggemari filem ini — anda menonton [babak] gadis 19 tahun dirogol lelaki tua 48 tahun.
“Pengarahnya telah merancang serangan itu. Saya meluat,” kata Jessica Chastain, seorang calon anugerah Oscar, di Twitter.
Pelakon Chris Evans menulis di media sosial sama: “Saya tidak akan menilai filem ini, Bertolucci atau Brando dengan cara pandang yang sama lagi selepas ini. Ia lebih daripada menjijikkan. Saya memang berang.”
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Pengarah terkenal dunia, Bertolucci rahsiakan babak rogol guna mentega daripada Maria Schneider"
Post a Comment