Pemandu wanita tulis babi pada kertas saman didenda RM100

Tindakan seorang ibu tunggal berusia 53 tahun menulis perkataan kurang sopan ‘Babi’ pada saman trafik diterimanya membawa padah apabila didenda RM100 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias menjatuhkan hukuman itu selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh, Tan Yeoh Foong mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

Mengikut kertas pertuduhan, Tan dari Permas Jaya, Masai didakwa menggunakan perkataan itu yang ditulis pada kertas saman yang diserahkan kepadanya bertujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan.

Wanita itu didakwa melalukan perbuatan itu di Jalan Tun Abdul Razak pada jam 8.55 malam, Selasa lalu.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Mohd Nasir dan tertuduh diwakili Chuah Shyue Chien.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

0 Response to "Pemandu wanita tulis babi pada kertas saman didenda RM100"

Post a Comment