Polis memburu seorang lelaki warga Indonesia yang dikatakan mengumpan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dengan sekeping roti sebelum mencabul ibunya di sebuah bilik sewa Jalan Pujut 7, pagi tadi.
sumber gambar dari Riaupos.co
Dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, mangsa dikatakan duduk bersama anaknya di lorong bilik sewa berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki dikenali sebagai Achok.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Khoo Leng Huat, berkata suspek dikatakan memberi sekeping roti kepada anak pengadu bagi mengalih perhatiannya.
“Selepas anak wanita itu mengambil roti berkenaan, suspek dikatakan cuba mencabul mangsa.
“Bagaimanapun, mangsa sempat melawan dan tindakannya menyebabkan suspek melarikan diri,” katanya di sini, hari ini.
Leng Huat berkata, polis giat mengesan suspek dan disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Sumber: BH Online
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Lelaki Indonesia umpan budak dengan roti sebelum cabul emaknya"
Post a Comment