Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir kelmarin gagal menyentuh isu melibatkan orang Melayu dan negara ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Menghentam DAP dan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan jawapannya,” katanya yang mengakui kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak makin kuat dalam Umno.

PAU2016 gagal, hentam DAP dan Tun Mahathir bukan jawapan – Anwar Ibrahim
Anwar berkata, sebagai presiden Umno, Najib patut membuat pendiriannya, antaranya berkaitan pengurangan tanah rizab Melayu.
Begitu juga dengan isu kenaikan harga barang, inflasi dan isu 1MDB yang tidak dibangkitkan, katanya.
Najib dalam ucapan dasarnya menyifatkan Mahathir sebagai kemuncak penderhakaan.
Beliau juga memberi amaran bahawa semua institusi yang ditubuhkan untuk membantu Bumiputera dan mewakili Islam akan lenyap jika DAP berkuasa.
Sumber: Malaysiakini
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "PAU2016 gagal, hentam DAP dan Tun Mahathir bukan jawapan – Anwar Ibrahim"
Post a Comment