Neelofa Trauma, Marah, Sedih Susulan Hubungan 'Cinta' Bersama Fattah Amin

Neelofa Trauma, Marah, Sedih Susulan Hubungan 'Cinta' Bersama Fattah Amin

Neelofa mengharapkan orang lain menghormati keluarganya dan juga keluarga Fattah. (Gambar: neelofa - Instagram)

Kehidupan artis dilanda gosip sudah menjadi lumrah dalam bidang seni apatah lagi dia adalah artis popular yang mempunyai ramai peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan artis kegemaran mereka. Selepas terbabit sama sebagai pasangan 'suami isteri' menerusi drama bersiri popular, Suri Hati Mr Pilot, nampaknya pelakon Neelofa tidak lagi selesa dikaitkan dengan Fattah Amin.

Menerusi laman sosial Instagram milik selebriti jelita itu, Neelofa memberikan penjelasan panjang lebar mengenai status hubungan sebenarnya dengan hero drama itu yang seringkali digosipkan mereka sedang hangat bercinta. 

Jelasnya dalam status bergambar sejambak bunga warna warni yang dimuat naik tengah malam tadi, dia mengakui terkejut dengan sambutan penonton terhadap dramanya itu dan berasa bertuah atas sokongan peminat padanya termasuk Fattah sendiri. Namun, di sebalik tawa dan senyuman gadis ini, dia pula menyatakan ada baiknya perkara peribadi disimpan sebagai suatu yang bersifat peribadi.

Tambahnya, dia juga manusia biasa seperti orang lain yang mahukan kehidupan sendiri. Bagaimanapun, dia berasakan orang lain bertindak menghakiminya sehingga dia berasa trauma untuk memuat naik sebarang status di media sosial.

"Kadangkala apabila saya mahu memuat naik status di media sosial, saya selalu terfikir apakah jika mereka tidak suka, adakah sesiapa terasa hati, apakah patut saya memuat naik. Sejujurnya, saya berasa trauma," katanya. 

Akuinya, ketika dia membaca berita mengenai kehidupan peribadinya terutama perkara yang membabitkan keluarganya, dia berasa marah dan sedih pada masa yang sama. Baginya,dia mengharapkan orang lain menghormati keluarganya dan juga keluarga Fattah.

"Apa korang rasa perasaan keluarga kami, bila orang luar lebih tahu tentang kami berbanding mereka. Apa jua yang saya lakukan, keluarga saya sentiasa menjadi keutamaan. Mereka adalah cinta sejati saya," katanya.

Sambungnya, dia meluahkan perasaannya ini apabila membabitkan soal jodoh. Sambil percaya pada ketentuan Allah, Neelofa menyatakan dia ada berbincang dengan Fattah mengenai perkara ini dan mereka berharap agar peminat memberikan ruang dan masa. 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Neelofa Trauma, Marah, Sedih Susulan Hubungan 'Cinta' Bersama Fattah Amin"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect