Nasi lemak percuma selama 3 hari berturut-turut

Seribu nasi lemak percuma diagihkan di Pulau Warisan, di sini, bermula hari ini hingga Isnin.

Pemberian nasi lemak percuma itu dilakukan sempena perasmian Visit Beautiful Terengganu 2017 (VBT 2017).

Nasi lemak percuma selama 3 hari berturut-turut

Nasi lemak percuma selama 3 hari berturut-turut

Pengurus Promosi Sekretariat VBT2017, Ahmad Fathil Abd Ghani, berkata pembahagian nasi lemak disediakan 10 usahawan di sekitar negeri yang ditaja penuh kerajaan negeri.

“Pembahagian akan dibuat pada 9.30 pagi. Selain itu, pengunjung juga boleh merasai keenakan masakan tradisional lain yang disediakan di tapak pameran.

“Kita mahu pengunjung terutama dari luar merasai keenakan makanan Terengganu dan orang ramai dialu-alukan datang ke gerai disediakan,” katanya.

Pengunjung, Zaitun Che Muda, 52, berkata, dia memuji usaha dilakukan kerajaan negeri dalam membantu mempromosikan Terengganu.

“Dengan adanya usaha ini, saya yakin makanan Terengganu bukan sahaja dapat diperkenalkan kepada orang tempatan tetapi pelancong dari dalam dan luar negara,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Nasi lemak percuma selama 3 hari berturut-turut"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect