Lelaki gelandangan dipenjara 80 tahun, 110 sebatan kerana rogol dan lakukan seks oral terhadap anak sendiri

Lelaki gelandangan dihukum penjara 80 tahun dan 110 sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas 11 pertuduhan merogol dan satu pertuduhan melakukan seks oral terhadap anak kandungnya sendiri yang berusia 16 tahun sejak Ogos lalu.

Hakim Datin M Kunasundary menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 38 tahun selepas lelaki itu mengaku salah ke atas kesemua pertuduhan ke atasnya.

Lelaki gelandangan dipenjara 80 tahun, 110 sebatan kerana rogol dan lakukan seks oral terhadap anak sendiri

Lelaki gelandangan dipenjara 80 tahun, 110 sebatan kerana rogol dan lakukan seks oral terhadap anak sendiri

 

Bagi empat fail kes yang mengandungi masing-masing tiga atau dua pertuduhan merogol, tertuduh dihukum setiap satu penjara 20 tahun.

Manakala, tertuduh dihukum 10 sebatan bagi setiap pertuduhan merogol.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan berasingan dari tarikh tangkap 19 September lalu.

Sementara itu, bagi pertuduhan melakukan seks oral, tertuduh dihukum penjara 12 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Sumber: Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Lelaki gelandangan dipenjara 80 tahun, 110 sebatan kerana rogol dan lakukan seks oral terhadap anak sendiri"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect