Konstabel Bukit Aman ditikam pesan roti canai disangka pekerja restoran sebelum ditunjuk isyarat lucah

Seorang anggota polis berpangkat Konstabel cedera ditikam di perut dengan objek tajam dipercayai kerambit dalam pergaduhan dengan dua lelaki di Selayang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata anggota polis berusia 26 tahun itu, yang bertugas di Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, kini dirawat di Hospital Selayang dan dilaporkan dalam keadaan stabil.

Beliau berkata berikutan kejadian 5.30 pagi itu, polis menahan reman kedua-dua lelaki itu, yang berusia 24 tahun, mulai hari ini hingga Khamis.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca daripada tindakan mangsa membuat pesanan roti canai dengan suspek yang disangkanya pekerja restoran berkenaan.

“Berikutan itu, semasa suspek beredar dari restoran berkenaan, seorang daripada suspek dikatakan menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa menyebabkan mangsa mengejarnya hingga berlaku pergaduhan serta menyebabkan mangsa ditikam,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ali berkata kedua-dua suspek itu mengalami cedera ringan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata dan benda yang berbahaya.

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Konstabel Bukit Aman ditikam pesan roti canai disangka pekerja restoran sebelum ditunjuk isyarat lucah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect