Kofi Annan dedah tiada pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar

Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan berkata tidak ada pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar.

Bercakap kepada BBC dalam satu temu bual selepas melawat negeri Rakhine, di mana pembersihan etnik dikatakan berlaku, Annan berkata terdapat ketegangan tetapi bukan pembunuhan beramai-ramai.

Kofi Annan dedah tiada pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar

Kofi Annan dedah tiada pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar

“Saya rasa terdapat ketegangan, terdapat perlawanan, tetapi saya tidak akan meletakkannya dengan cara  yang sesetengah orang lakukan,” katanya.

Annan dijemput oleh pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi untuk menyelia sebuah suruhanjaya bagi mengkaji keadaan di Rakhine.

“Ketakutan telah meningkat, tetapi kita perlu mencari jalan untuk meredakannya dan mula menggalakkan masyarakat untuk berhubung” Annan memberitahu BBC.

Beliau juga menasihatkan pemerhati supaya “sangat berhati-hati” apabila menggunakan istilah pembunuhan beramai-ramai.

Berpuluh-puluh ribu Rohingya menjadi pelarian dan mendakwa terdapat kes-kes rogol, penyeksaan dan pembunuhan skala besar.

Kerajaan Myanmar menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menghadiri perhimpunan Ahad lepas, menggesa kerajaan Myanmar menamatkan pembunuhan beramai-ramai terhadap etnik Rohingya sehingga tindakan itu menimbulkan kontroversi.

Himpunan ini juga menyebabkan ketegangan diplomatik antara Malaysia dan Myanmar, dengan negara itu memetik acara itu sebagai melanggar dasar tidak campur tangan Asean.

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Kofi Annan dedah tiada pembunuhan beramai-ramai etnik Rohingya di Myanmar"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect