Kerana Roti Canai, Perut Polis Terburai

Sekadar gambar hiasan

Gara-gara salah faham dan tidak sabar ketika memesan roti canai telah mengakibatkan seorang anggota polis berusia 26 tahun hampir maut ditikam seorang lelaki di sebuah restoran yang terletak di Menara A, Kondominium Selayang Point, Batu Caves.

BACA: Makan Roti Canai Boleh Tumpulkan Memori?

Kejadian yang berlaku kira-kira 5.40 pagi semalam berlaku selepas seorang polis berpangkat Konstabel yang juga merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) telah memesan roti canai daripada seorang lelaki yang disangkakan pelayan restoran tersebut.

Akan tetapi lelaki tersebut tidak menghiraukan pesanan mangsa lalu beredar daripada restoran dan dipercayai juga rakan kepada lelaki itu dikatakan menunjukkan isyarat lucah kepada mangsa, dan menyebabkan mangsa tidak berpuas hati lalu mengejar individu tersebut hingga ke lobi di mana kejadian berlaku.

Gambar: BH Online

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad memberitahu berlaku pergelutan antara mangsa dan lelaki tersebut dan mangsa telah ditikam di bahagian perut dengan senjata tajam serta lelaki tersebut hanya mengalami luka ringan.

“Susulan kejadian, kami menahan dua lelaki berusia 24 tahun dipercayai terbabit dalam kes itu dan mereka direman selama empat hari hingga Khamis ini bagi membantu siasatan,” maklum beliau kepada Berita Harian.

Keadaan mangsa selepas di bawa hospital. Gambar: BH Online

Asisten Komisioner Ali Ahmad turut memberitahu mangsa adalah bekas anggota Balai Polis Selayang yang kini bertugas di UTK Bukit Aman dan tinggal di Kuaters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Sejurus kejadian itu mangsa telah dibawa ke Hospital Selayang oleh rakannya dan kini dalam keadaan stabil.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Related Posts :

0 Response to "Kerana Roti Canai, Perut Polis Terburai"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect