Kedai jual alas kaki mengandungi ayat Al Quran mohon maaf dan tawar ganti rugi

Kedai jual alas kaki mengandungi ayat Al Quran mohon maaf dan tawar ganti rugi | Tidak berniat menghina mana-mana agama, kedai menjual alas kaki meminta maaf kerana kandungan barangnya mempunyai lapisan kertas ayat suci al-Quran.

Ekoran itu 82 cawangan seluruh negara diarah menghentikan semua penjualan alas kaki yang diambil daripada pembekal Indonesia, kata ECO Shop Sdn Bhd.

Kedai jual alas kaki mengandungi ayat Al Quran mohon maaf dan tawar ganti rugi

Kedai jual alas kaki mengandungi ayat Al Quran mohon maaf dan tawar ganti rugi

“Kami ingin meminta maaf kepada semua pelanggan atas segala kesulitan yang disebabkan oleh kejadian ini.

“Kami ingin menegaskan bahawa syarikat kami tidak mempunyai sebarang niat untuk merendahkan mana-mana agama dan kepercayaan,” kata kedai rantaian runcit dalam kenyataan Facebook semalam.

Sebagai ganti rugi ECO Shop menawarkan pemulangan alas kaki untuk ditukar kepada barang lain sehingga esok.

Selepas menerima aduan pengguna, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) semalam merampas alas kaki mengandungi keratan ayat suci al-Quran di sebuah kedai di Dungun.

Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) turut menyita 500 alas kaki memiliki ciri sama di sebuah gudang pembekal alat keperluan rumah di Krubong.

Ketua Penguat Kuasa Jaim berkata produk berkenaan berasal dari Semarang Tengah, Indonesia dan dibekalkan ke pasar raya murah di Malaysia.

“Kita percaya pihak pembekal Indonesia telah menggunakan buku-buku teks sekolah terpakai untuk dijadikan lapisan bahagian dalam alas kaki,” kata Rahimin Bani seperti dilapor Kosmo!

Pengguna yang mengesan produk sama diminta menyerahkannya kepada jabatan agama daerah masing-masing.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Kedai jual alas kaki mengandungi ayat Al Quran mohon maaf dan tawar ganti rugi"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect