Jabatan Peguam Negara arah polis siasat semula kes cabul di sekolah Kazim Elias

Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis Ipoh menyiasat semula kes pencabulan seksual di sekolah tahfiz milik penceramah terkenal Datuk Mohammad Kazim Elias.

Jabatan Peguam Negara arah polis siasat semula kes cabul di sekolah Kazim Elias

Jabatan Peguam Negara arah polis siasat semula kes cabul di sekolah Kazim Elias

Hampir empat bulan selepas selesai siasatan penuh, Jabatan Peguam Negara memberitahu Malay Mail Online pihaknya sudah memberi arahan melalui Unit Pendakwaan Perak.

Katanya jabatan itu sedang menunggu hasil siasatan lanjut sebelum memutuskan untuk membuat sebarang pendakwaan.

“Dimaklumkan bahawa jabatan ini sedang menunggu kertas siasatan tersebut untuk dirujuk ke ibu pejabat Jabatan Peguam Negara di Putrajaya setelah arahan untuk siasatan lanjut diberikan (melalui Pejabat Pendakwaan Negeri Perak),” kata jurucakap jabatan melalui emel semalam.

Difahamkan beberapa arahan juga sudah diberikan kepada jabatan pendakwaan negeri pada 9 Disember lalu.

Setakat ini Malay Mail Online belum menerima respons daripada polis Ipoh walaupun hampir tiga minggu arahan baru itu dikeluarkan.

 

Sumber: Projek MMO



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Jabatan Peguam Negara arah polis siasat semula kes cabul di sekolah Kazim Elias"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect