Akibat mencuri pelbagai kelengkapan persekolahan di sebuah pasar raya tempat dia bekerja semalam, seorang promoter dihukum penjara sehari dan denda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Gambar hiasan, sumber gambar dari embundankaca.files.wordpress.com
Zaitun Zakaria, 43, dijatuhi hukuman tersebut selepas mengaku bersalah mencuri dua buah beg, satu bekas air dan sebuah kotak pensel yang semuanya bernilai RM240.70 milik pasar raya Jusco Taman Maluri, Cheras di sini kira-kira pukul 8.30 malam, 22 Disember lalu.
Ibu kepada tiga anak itu didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.
Jika gagal membayar denda tersebut, Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lima hari.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Noorelynna Hanim Abd. Halim memohon hukuman setimpal dan berbentuk pengajaran memandangkan barang yang dicuri bukanlah barang keperluan dan tertuduh mampu untuk membeli kelengkapan persekolahan itu kerana mempunyai pendapatan tetap.
Sumber: Utusan Online
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Ibu curi beg, bekas air dan kotak pensel untuk anak dipenjara sehari dan didenda RM300"
Post a Comment