Dalam pada itu, Jamal berkata, sepatutnya isu air ini tidak boleh dipolitikkan dan dipermainkan kerana ini perkara serius.

“Mereka sepatutnya berbincang dengan pemimpin mereka untuk menyelesaikan isu air ini, bukan hendak main politik,” katanya lagi sambil menambah beliau bukan hendak membuat gimik politik berkenaan isu air ini.

“Ini masalah rakyat Selangor, sudah lima hari air di rumah saya tiada ini bukan main-main, kamu semua boleh datang sendiri ke rumah saya tengok,” katanya.