Seorang lelaki dicekup orang ramai selepas cuba menceroboh rumah berpenghuni di Taman Desa Indah, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pada jam 5 petang itu, lelaki terbabit berusia lingkungan 30-an itu cuba mengumpil pintu rumah itu, pada kira-kira 5 petang.
Bagaimanapun, hajat dia tidak tercapai apabila tindakannya itu disedari penghuni rumah itu.
Menurut sumber-sumber, lelaki terbabit kemudiannya melarikan diri dan menanggalkan pakaian satu persatu bagi mengelak ditahan.
Bagaimanapun, katanya, lelaki terbabit tetap berjaya ditahan orang ramai di kawasan berhampiran sebelum diserahkan kepada polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat mengesahkan kejadian itu.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "‘Bogel pun orang kenal juga lah bro’"
Post a Comment