Zain Saidin tangguh niat punyai zuriat kedua dengan Che Ta, mahu kukuhkan kewangan dulu

Pelakon Zain Saidin, 32, mengakui ada memasang niat untuk mempunyai zuriat kedua namun hasrat tersebut masih dipertimbangkan kerana mahu mengukuhkan kewangannya terlebih dahulu.

Menurut Zain, walaupun dilabel sebagai orang yang ‘berduit’ namun hal kebajikan anak perlu dirancang dengan baik agar kehidupannya dan keluarga lebih teratur.

Zain Saidin tangguh niat punyai zuriat kedua dengan Che Ta, mahu kukuhkan kewangan dulu

Zain Saidin tangguh niat punyai zuriat kedua dengan Che Ta, mahu kukuhkan kewangan dulu

“Memiliki anak yang ramai memang seronok tapi memandangkan keadaan ekonomi yang semakin mencabar, perancangan untuk zuriat seterusnya wajar dipertimbangkan.

“Saya juga mempunyai sasaran untuk mengukuhkan kewangan keluarga iaitu sekitar lima angka, sekiranya ia tercapai barulah saya akan fikir untuk perancangan yang seterusnya.

“Tapi kalau sudah ketentuan dikurniakan zuriat kedua dalam waktu terdekat, saya terima dan bersyukur,” kata Zain ketika ditemui media dalam majlis Peace for Yemen di Parkroyal, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Zain juga turut mengulas mengenai isu kegagalan membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Katanya, isu itu sudah selesai tetapi sengaja diperbesarkan oleh ‘keyboard warrior’ yang suka menuduh tanpa usul periksa.

“Saya anggap penyebar cerita yang aneh-aneh mengenai cukai itu adalah pengecut dan tak ada kerja.

“Saya yakin kalau ajak bersemuka mesti tak berani.  Tapi itulah sikap si ‘keyboard warrior’ yang suka baling batu sembunyi tangan, saya dah lali dan malas nak layan orang yang tiada adab,” ulasnya.
 

Sumber: Astro Gempak



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Zain Saidin tangguh niat punyai zuriat kedua dengan Che Ta, mahu kukuhkan kewangan dulu"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect