Tiga peti besi dijumpai dalam sungai

Tiga peti besi simpanan duit dipercayai milik stesen minyak yang dirompak anggota Geng Minyak dijumpai terbenam di dasar Sungai Kemasin, Kampung Teluk, Bachok, petang tadi.

Tiga peti besi jumpa dalam sungai

Tiga peti besi jumpa dalam sungai

Peti-peti besi tersebut ditemui kira-kira lima meter di kedalaman sungai oleh Pasukan Khas dari Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen Kelantan dibantu pasukan penyelam dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan pada jam 3 petang.

Operasi yang mengambil masa empat jam itu dimulakan selepas suspek mendedahkan rahsia ketika soal siasat berhubung lokasi mereka membuang peti besi milik stesen-stesen minyak yang dirompak pada September dan Oktober lalu.

Pihak polis turut menggunakan kren bagi menaikkan peti besi ke dalam lori sebelum dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, seorang lagi Lans Koperal polis antara tiga serpihan anggota geng terbabit ditahan kerana dipercayai terlibat sama dalam kegiatan rompakan ke atas stesen-stesen minyak di negeri ini terutamanya di Bachok dan Kota Bharu.

Perintah reman terhadap ketiga-tiga suspek dikeluarkan Pendaftar Mahkamah Sesyen, Nor Faizah Abdullah di mahkamah majistret, di sini, berkuat kuasa hari ini.

Nor Faizah membenarkan mereka ditahan reman selama tujuh hari sehingga 9 November depan untuk membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut berhubung penglibatan mereka dalam kumpulan penjenayah itu.

Ketiga-tiga suspek ditahan dalam operasi yang dijalankan, malam tadi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan dan bersenjata.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Tiga peti besi dijumpai dalam sungai"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect