Resipi pizza hanya dengan 6 bahan ini dapat lebih 100,000 share! | Bila mana ingin menghidangkan sesuatu buat anak-anak, mahu pun keluarga, ada kalanya membuatkan ibu atau isteri buntu untuk memikirkan hidangan apa yang perlu dimasak pada hari tersebut. Mana tidaknya, jika selalu memasak makanan yang sama, sudah pasti anak dan suami akan berasa bosan, serta tidak berselera.
Resipi pizza hanya dengan 6 bahan ini dapat lebih 100,000 share!
Tetapi, jika anda inginkan kelainan dalam menu harian anda, boleh sahaja menyajikan hidangan ala barat, yang anda sendiri mungkin tidak pernah membuatnya sebelum ini. Mana tahu, suami atau anak akan tertarik dengan menu yang baharu ini.
Masakan apa yang mudah, sesuai, dan agak mengeyangkan, serta mampu memenuhi selera suami dan anak-anak? Admin ada jawapannya, iaitu resepi membuat pizza yang telah mendapat ribuan perkongsian di Facebook, mari kita lihat perkongsian dari saudari Rafiza Idayu ini, lengkap dengan gambar dan langkah-langkahnya sekali.
Kini Semua Orang Boleh Menyediakan Pizza Tanpa Uli Pizza. Hah! Macamana tu? Jom Kita Tengok Resipinya.
Dengan menggunakan roti paratha segera, resipi ini boleh membantu anda berjimat makan di luar apabila boleh disediakan di dapur sendiri. Anak anak memang sukakan pizza.
Ok.. Nanti share resipi ini di wall anda supaya orang lain dapat idea buat pizza mudah dari rumah. Kita sama sama sebarkan manfaat.
Pizza Mudah Tanpa Uli Pizza
Tempoh hari saya kongsikan insiden gas habis. Alamak! Kena masak selain dari gas. Pagi pagi nak kena sediakan sarapan ringkas untuk anak anak dan suami.
6 sahaja bahan bahan mudah buat pizza ekspress.
1. Roti Paratha Segera brand Fatihah (frozen)
2. Sos Spagetti segera brand Kimball
3. Sosej brand Ramly dihiris nipis
4. Nenas
5. Bawang holland dipotong dadu
6. Keju Mozarella
2. Topping
5. Tanggalkan Plastik Lapik
6. Letakkan Atas Loyang
7. Menyediakan Topping Bersama Pembantu Cilik
Saya memang syorkan anak anak turut serta dalam aktiviti di dapur. Dari kecil kita dah latih anak anak kita tentang bantu membantu. Taklah anak kita membesar nak jadi diva lah sangat.
8. Mozarella Cheese
9. Lapisan Pertama Topping
10. Topping Tambahan Yang Lain
11. Diakhiri Dengan Taburan Mozarella Cheese
12. Masukkan Dalam Oven
Suhu rendah sedikit tetapi kita panjangkan masa pembakaran. Jadi base paratha itu akan masak sempurna.
Jika guna suhu tinggi 200 darjah, nanti mozarella cheese akan berbuih buih. dikhuatiri juga bahan topping kurang masak. Lagi satu bergantung kepada oven juga. Lain brand, lain oven lain karenahnya.
13. Hasilnya Mengiurkan
Siap dah pizza overdose kita. Mana taknya overdose.. Sampai melimpah keluar dari base pizza. Makan sendiri tak apa ye.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Resipi pizza hanya dengan 6 bahan ini dapat lebih 100,000 share!"
Post a Comment