Penangan Suri Hati Mr Pilot, Kafe Fattah Amin diserbu peminat

Penangan Suri Hati Mr Pilot, Kafe Fattah Amin diserbu peminat | Pelakon Fattah Amin mengakui penangan drama Suri Hati Mr Pilot memberi impak besar dalam perniagaan restorannya apabila Stalkercafe diserbu pengunjung yang berhajat untuk bertemunya.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 26, berkata, kafe yang diambil alih sejak sebulan lalu itu menerima sambutan yang sangat menggalakkan setiap hari.

“Alhamdulillah, kesan terlalu besar hinggakan setiap hari kafe saya iaitu Stalkercafe by Fattah Amin di Kota Damansara diserbu oleh orang ramai yang meminati drama tersebut.

 

Fattah Amin (kiri) bersama mereka yang terlibat dalam pengeluaran produk kesihatan Oli Candy. Foto: Shaari Che Mat.

“Sehinggakan menu-menu utama kehabisan terutama Nasi Lemak dan The Godfather Sandwich. Buat masa ini ibu dan ahli keluarga lain yang uruskan perniagaan itu kerana saya terlalu sibuk,” ujarnya kepada mStar Online.

Fattah ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta makanan kesihatan Oli Candy yang diadakan di Flora Terrace, di sini, Selasa.

Pelakon ini mengikat kontrak selama tiga bulan bersama produk tersebut.

Penangan Suri Hati Mr Pilot, Kafe Fattah Amin diserbu peminat

Penangan Suri Hati Mr Pilot, Kafe Fattah Amin diserbu peminat

Cafe milik Fattah Amin dikunjungi ramai peminat gara-gara populariti drama Suri Hati Mr. Pilot.

Sementara itu, Fattah berkata, dia juga akan bercuti lebih sebulan sehingga akhir tahun ini bagi menumpukan perhatian kepada beberapa perniagaan yang diusahakannya.

“Selepas telefilem Bayangan Emilia saya akan berehat daripada bidang lakonan sehingga awal tahun depan untuk uruskan perniagaan saya.

“Selain kafe, saya juga dalam proses memindahkan lokasi gimnasium di tempat lain yang saya akan beritahu kemudian,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya tentang tawaran sebagai duta produk selepas meraih populariti luar biasa, Fattah berkata, dia hanya memilih produk yang sesuai dengannya.

“Saya akui banyak tawaran untuk kempen dan duta produk tapi ada juga yang terpaksa kami tolak berikutan tidak sesuai. Kalau boleh saya mahu produk yang relevan dengan saya.

“Saya juga tidak mahu kaut semua tawaran-tawaran kerana takut tidak mahu komitmen itu akan menjejaskan fokus terhadap lakonan,” ujarnya.

Sumber: Mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Penangan Suri Hati Mr Pilot, Kafe Fattah Amin diserbu peminat"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect