Lin Dan Mengaku Ada Hubungan Sulit Ketika Isterinya Hamil

Lin Dan Mengaku Ada Hubungan Sulit Ketika Isterinya Hamil
Pemain badminton handalan China, Lin Dan, mengejutkan peminat sukan badminton dunia apabila mengakui berlaku curang ketika isterinya hamil.

Gambar dan klip video mesra Lin Dan bersama seorang wanita telah tersebar di laman sosial Weibo, semalam. Turut kelihatan sebuah klip video menunjukkan mereka berpelukan di dalam bilik sebuah hotel.

Menurut laporan Berita Harian, Gambar itu dimuat naik oleh 'Detective Zhao', penulis popular dalam Weibo mengenai gosip selebriti, yang mendakwa ia diambil pada Oktober lalu. Wanita dalam gambar berkenaan dikenal pasti adalah Zhao Yaqi, seorang model dan artis di China.

Gambar: Berita Harian


Lin Dan telah memohon maaf dalam laman sosial Weibo dan berkata: "Sebagai seorang lelaki, saya tidak mahu memberikan sebarang alasan tetapi tindakan saya sudah melukakan hati keluarga saya. "Saya memohon maaf kepada mereka semua di sini."

Isteri Lin Dan, Xie Xingfang, yang juga bekas bintang badminton melahirkan bayi lelaki sulung mereka di Beijing pada 5 November lalu. Lin Dan dan Xingfang melangsungkan perkahwinan mereka pada 2012.

source: imgur.com

Gambar: forum.china.org.cn



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Lin Dan Mengaku Ada Hubungan Sulit Ketika Isterinya Hamil"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect