Seorang pembantu rumah warga Indonesia ditahan oleh pihak polis pada petang Sabtu, 5 November lalu, selepas dia didapati dengan sengaja menghidangkan air kopi yang dicemari dengan seluar dalam dan darah haid, lapor Tribun.
hidang kopi dicampur seluar dalam dan darah haid
Jurucakap polis wilayah timur, Komisioner Ziad Al-Rualiti berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 4 petang Sabtu, 5 November dari seorang majikan berhubung kejadian itu.
“Ketika memasuki rumah pengadu, polis menemui bekas yang berisi air kopi yang dicampurkan dengan seluar dalam,” katanya.
Ziad berkata, ekoran itu, anggotanya segera mencari wanita berkenaan di sekitar rumah majikannya sehingga dia ditemui di tempat persembunyiannya.
Ketika pembantu rumah itu berjaya ditangkap, majikan berkenaan sempat merakam dan menyuruh wanita itu meminum kopi yang tercemar dengan seluar dalam dan darah haid itu sehingga habis.
“Suspek yang dibawa ke balai untuk soal siasat. mengaku melakukan perbuatan yang menjijikkan itu agar majikannya dapat menerima dan menyayangi dirinya sebagai pembantu rumah di kediaman itu,” katanya. Sumber: The Reporter
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Kantoi hidang kopi dicampur seluar dalam dan darah haid, Majikan suruh Amah Indonesia minum sampai habis"
Post a Comment