Kantoi catat nilai pertaruhan lumba kuda dekat badan sendiri

Taktik lapuk bookie yang menggunakan anggota badan mereka sendiri untuk mencatat nilai pertaruhan lumba kuda bagi mengelakkan kegiatan mereka mudah dikesan polis dibongkar.

Pembongkaran itu dibuat dalam serbuan Pasukan Tindakan Khas Anti Maksiat, Judi dan Gangsterisme (Stagg) di Kelab Lumba Kuda, dekat sini, semalam.

Ketua Penolong Pengarah Stagg, Senior Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, operasi kira-kira jam 4.20 petang berjaya menahan seramai 24 orang individu termasuk dua wanita yang berperanan sebagai bookie.

Menurutnya, siasatan dapati bookie ini menerima pertaruhan dan membuat bayaran kepada pemenang-pemenang.

“Bagi mengelakkan modus operandi mereka (bookie) untuk cekup polis atau melupuskan bukti sekiranya ditangkap, mereka mencatat pertaruhan pada tubuh badan mereka sendiri.

“Catatan itu membabitkan nilai pertaruhan dan pemain yang menang atau pun kalah,” katanya.

Khairi mendedahkan, rekod pertaruhan ini akan dipadam sebaik setiap perlumbaan kuda selesai.

Katanya lagi, polis turut menahan dua orang ‘runner’ yang berperanan mengutip dan membayar wang pertaruhan. Selain itu, seramai 22 ‘banker’ terdiri daripada 15 orang lelaki dan tujuh wanita juga ditahan.

Tambahnya, berdasarkan hasil rampasan yang besar aktiviti bookie dan runner jelas menyebabkan pihak kelab menanggung kerugian serta juga kehilangan hasil cukai kepada kerajaan.

Kesemua mereka berusia 19 hingga 65 tahun dibawa ke balai dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Kantoi catat nilai pertaruhan lumba kuda dekat badan sendiri"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect