Tidah tahan terus dituduh mengelak membayar cukai walaupun mempunyai gaya hidup yang mewah, Rozita Che Wan dikatakan mengamuk selepas seorang pengikutnya memberikan komen berbentuk provokasi. Menerusi laman Instagram, Che Ta yang berang dengan kenyataan lelaki itu membidas komen lelaki itu mengenai kemampuannya menyelesaikan cukai tertunggak.
“Eh bequkkkkkk! Aku bukan tak bayar income tax! Lain Kali kena tau dulu sebelum nak bercakap! Aku bayar income tax dekat sejuta setahun! Tapi MASIH TAK CUKUP!! Bukan aku tak bayar bodoh!,” tulisnya menerusi laman sosial membidas kritikan pengikutnya yang mendakwa beliau sengaja mengelak untuk membayar cukai sehingga disekat keluar negara.
Dalam masa yang sama, Che Ta dan individu yang dikenali sebagai Afif PLC turut saling membalas komen dan berperang mulut di laman sosial. Bagaimanapun, menurut portal Oh Bulan, komen-komen berkenaan telah pun dipadamkan di laman sosial usahawan terbabit.
Rata-rata ramai peminat Che Ta mempertahankan tindakan pelakon kesayangan mereka kerana menganggap isu tidak membayar cukai tidak sepatutnya dipanjangkan sehingga menghina seseorang. Malah ramai juga yang turut meminta Che Ta supaya terus bersabar dengan dugaan yang melanda dirinya dan tidak mempedulikan kritikan orang ramai terhadap isu terbabit.
Terdahulu, Che Ta dikatakan terpaksa membatalkan majlis ulangtahun kelahiran Aaisya Dhia Rana yang sepatutnya dijadualkan berlangsung di London kerana disekat untuk keluar negara berikutan mempunyai cukai tertunggak. Ramai yang mendakwa Che Ta seolah sengaja mengelak untuk membayar cukai terbabit kerana kemewahan yang dipamerkan beliau sekeluarga. (rkty/w)
lagi info di :
MALAYSIA TRENDING NOW
Related Posts :
Dilema Perit Nora Danish, Terpaksa Beraya Bersama Bekas Mentua
Setiap tahun menjelang Aidilfitri, pelakon Nora Danish selalu memendam rasa dek terperangkap dalam dilema selepas bercerai dengan Rizal As… Read More...
Produk Aznil, Anell laris! Pelanggan dedah 3 hari muka dah tegang dan mulus
Pengacara terkenal Datuk Aznil Nawawi tidak menduga produknya Anell mudah terima ramai, sehingga berkata ‘kalau tahu laris, sudah lama saya… Read More...
Rizab kerajaan selangor meningkat, MB Selangor beri isyarat bonus Raya lebih sebulan gajiKakitangan kerajaan negeri Selangor dijangka mendapat bonus untuk sambutan Aidilfitri lebih besar tahun ini tetapi jumlah itu tidak dimaklum… Read More...
Ameng cerita sakit disebat, “terasa seperti nak mati, tak boleh buang air besar lebih dua minggu”Hukuman penjara lima tahun memberi pengajaran yang mendalam buat Ameng, vokalis kumpulan Spring gara-gara terjebak dengan najis dadah.
Bagi … Read More...
Isu 6 ribu pekerja MAS dibuang kerana tidur masa kerja, kenyataan ego Mueller dibidasKesatuan Kebangsaan Anak-Anak Kapal Kabin Malaysia (Nufam) membidas kenyataan ‘ego’ Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Malaysia Airlines Bhd (MAB… Read More...
0 Response to "Isu Cukai : Che Ta Mengamuk di IG dan Panggil Followers Sebagai BERUK ! Apa Punca Ni??"
Post a Comment