Edry selaku penerima anugerah Komposer dengan Pendapatan Terbanyak manakala Datuk M Nasir diiktiraf Penerbit Tempatan dengan Pendapatan Terbanyak menerusi syarikat rakamannya, Luncai Emas Sdn Bhd. (Gambar: Edry Abdul Halim - Facebook dan wikimediacommons)
Anggota kumpulan KRU ini juga menerima pengiktirafan Komposer dengan Pendapatan Terbanyak daripada Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia (MACP), malam tadi. Meskipun jumlah pendapatan itu tidak didedahkan tetapi ini adalah pengiktirafan kali ketiga berturut-turut yang diterimanya setakat ini.
Syarikat rakaman, Luncai Emas Sdn Bhd milik Datuk M Nasir menang kategori Penerbit Tempatan dengan Pendapatan Terbanyak manakala Universal Music Publishing Sdn Bhd pula menerima Penerbit dengan pendapatan Terbanyak, seperti dilaporkan Malay Mail Online.
Komposer popular, Habsah Hassan yang juga pengerusi MACP tidak ketinggalan menerima anugerah Penulis Lirik dengan Pendapatan Terbanyak. Bagi Anugerah Nadi Cipta kali ini mengiktiraf komposer Hamdan Atan atau nama popularnya, A Ali.
Penerima anugerah lain adalah Najwa Latif mendapat Komposer Muda Berpotensi, lagu “Together” nyanyian Sleeq, Tiz Zaqyah dan Zain Saidin (Lagu Inggeris Persembahan Terbanyak) dan lagu nyanyian Waris dan Datuk Hattan iaitu “Gadis Jolobu” (Lagu Melayu Persembahan Terbanyak).
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Edry Abdul Halim, Datuk M Nasir Terus Unggul Diiktiraf MACP"
Post a Comment