Gambar: Manhattan Supreme Court
Seorang wanita mengemukakan saman terhadap syarikat fesyen terkemuka Sepanyol, Zara selepas menemukan bangkai seekor tikus yang dijahit pada pakaiannya.
Cailey Fiesel yang berasal dari New York berkata, dia membeli dua pakaian dari kedai pakaian itu di Greenwich, Connecticut pada Julai lalu sebelum menyedari bau busuk ketika pertama kali memakai pakaian tersebut untuk ke tempat kerja.
Gambar: http://www.pudelek.pl/
Menurut Mstar, Fiesel pada mulanya menyangka pakaian tersebut bermasalah tetapi kemudian menyedari kaki bangkai tikus yang terjulur keluar antara bahagian jahitan manakala seluruh badan haiwan itu terperangkap di bawah rentasan kain.
Selain itu, Fiesel mendakwa dia turut mengalami ruam yang berpunca akibat penyakit tikus seperti yang disahkan oleh doktor.
Jumlah saman tidak dapat dipastikan tetapi wanita itu mendakwa pakaian terbabit menyebabkan menjejaskan mental dan fizikalnya.
Sementara itu, Zara menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya menyedari saman tersebut dan siasatan berhubung kes berkenaan masih dijalankan. Tambah mereka lagi, Zara USA mempunyai peraturan kesihatan dan keselamatan yang ketat. Zara komited dalam memastikan kesemua produk yang dihasilkan mengikut keperluan yang ditetapkan.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Bangkai Tikus Ditemui Dalam Pakaian Jenama Terkenal"
Post a Comment