Ada tak apa-apa pengalaman paling teruk sekali yang korang pernah lalui dengan bos? Kalau korang dapat bos yang jenis baik sangat dan tak pernah sesekali pun herdik korang itu memang bonus lah. Ini ada yang terpaksa berhadapan dengan majikan yang berperangai teruk dan tak ada belas kasihan langsung. Terpaksa lah kebalkan hati melayan perangai diorang demi kerja. Di sini ada beberapa perkongsian yang kami kumpulkan mengenai pengalaman yang boleh dikatakan TOP 3 paling teruk sekali dialami oleh pekerja. Kesemua perkongsian ini diambil di laman web reddit:
1. Bos suruh juga bekerja walaupun sudah bleeding
"Bos saya tak benarkan saya pergi ke emergency room semasa saya mengalami pendarahan yang teruk di office. Saya pergi berjumpa dia untuk nak minta kebenaran dan dia tidak ambil peduli langsung. Saya telefon ibu untuk berjumpa saya di ER. Sehinggakan jururawat pun beritahu yang saya mengalami pendarahan yang begitu kritikal, memerlukan beberapa pakej darah untuk blood transfusion. Jadi memang saya perlu masuk wad lah.
Ibu saya telefon bos untuk maklumkan yang saya kena tahan wad. Bos boleh cakap yang saya hanya mengalami stress sahaja, tak ada apa yang teruk dan kena juga masuk office. Pada waktu tu saya memang rasa marah yang tak boleh dibendung lagi. Memang boleh je kalau saya ambil bas ke office tetapi akhirnya saya kena hantar ke hospital lain untuk D&C disebabkan kes berat. Berikutan dengan itu, saya diberitahu bahawa saya ada ketumbuhan. Masih lagi bos tekankan yang ianya tak teruk, kerana kalau lah kanser saya akan cepat penat dan kurang berat badan macam mana nak kerja? Memang saya hilang berat badan yang banyak dan cepat letih.
Saya amsih lagi dalam keadaan yang tidak sihat dan majikan saya telefon pada waktu itu hanya untuk beritahu yang saya diberhentikan kerja kerana ambil terlalu lama masa cuti. Saya bukan cuti dengan segaja, tetapi tidak sihat. 5 hari kemudiannya, saya didiagnose kanser. Terima kasih bos kerana "memahami" situasi saya."
2. Tak dibenarkan melawat nenek yang sudah meninggal
"Saya pernah ada majikan yang tidak benarkan saya untuk ambil cuti mengejut untuk ziarah nenek saya yang baru sahaja meninggal. Berikut dengan itu, saya terus letak jawatan kerana tidak langsung ada hati perut. Peliknya selepas sahaja peristiwa itu, dia boleh lagi berlagak biasa seperti tiada apa yanng berlaku. Tapi bila saya minta kebenaran untuk nak ziarah keluarga saya sewaktu hujung minggu selepas nenek saya meninggal dia terus mengamuk dan cakap yang saya perlu rancang betul-betul cuti."
3. Ditengking kerana hanya lambat sedikit masuk kerja sewaktu mengandung
"Saya pernah kena tengking dengan President company hanya disebabkan masuk office lambat selepas lunch. Hanya lambat 2 minit sahaja bukannya 2 jam. bayangkan waktu itu saya sedang mengandung dan ditengking seakan saya buat masalah yang terlampau besar."
0 Response to "Tamparan Hebat Peniaga Samosa Ini Buat Manager Yang Perlekehkan Pekerjaanya Terkedu"
Post a Comment