Penyanyi, Siti Sarah Raisuddin, menyerahkan urusan perniagaan kedai dobi kepada suaminya, Shuib, kerana mahu memberikan sepenuh tumpuan pada pertandingan realiti nyanyian Gegar Vaganza musim ketiga (GV3).
Siti Sarah serah tugas urus dobi kepada suami
Katanya, sokongan jitu diberikan teman hidupnya itu sangat mengharukan, sekali gus menguatkan lagi semangat beliau untuk menggalas cabaran mingguan program terbabit.
Siti Sarah, 31, mengakui kesediaan suaminya mengambil alih seketika pengurusan perniagaan berkenaan, yang sebelum itu diserahkan kepadanya sejak beroperasi tiga tahun lalu, antara pengorbanan dilakukan Shuib demi perkembangan kerjaya nyanyiannya.
“Alhamdulillah, saya bersyukur Shuib tidak putus-putus memberikan sokongan.
“Saya perlu memastikan tubuh badan sihat bagi melaksanakan tugasan setiap minggu dengan baik.
“Namun, saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah kerana kita hanya mampu merancang dan Dia yang menentukan semuanya,” katanya kepada BH Online.
Dalam pada itu, Sarah turut meluahkan kegusaran untuk membawakan lagu Joget Sayang Disayang, yang dipopularkan penyanyi legenda, Anita Sarawak, bagi persembahan minggu ketiga, Ahad ini.
“Sejujurnya saya berdebar menyanyi lagu joget kerana kurang membawakan genre sebegitu.
“Saya seperti boleh kira dengan jari berapa kali membawakan lagu dalam genre itu, namun saya akan cuba sebaik mungkin supaya tidak mengecewakan penyokong,” katanya.
Sumber: BH Online
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Siti Sarah terharu Shuib sanggup ambil alih pengurusan dobi demi tumpuan penuh Gegar Vaganza 3"
Post a Comment