Kemasyhuran diperoleh remaja Arab Saudi apabila berhubung dengan wanita Amerika Syarikat secara online memakan diri selepas dia ditangkap berhubung kebimbangan tindakan itu melanggar peraturan negara berkenaan.
Remaja itu, dikenali dengan nama di online ‘Abu Sin’, merujuk kepada keadaan giginya, hampir tidak menggunakan Bahasa Inggeris dalam perbualannya dengan Christina Crockett, 21, dari California yang tidak tahu berbahasa Arab.
Remaja Arab Saudi yang viral bervideo chat dengan gadis seksi Amerika Syarikat ditahan atas dakwaan tindak-tanduk tidak beretika
Bagaimanapun, mereka mampu menghasilkan video yang menunjukkan kedua-duanya saling tertarik antara satu sama lain.
Paparan kedua-duanya cuba berkomunikasi menarik jutaan penonton di Arab Saudi dan luar negara.
Berikutan itu, Abu Sin, kini popular di laman YouNow, menerima hampir 6.5 juta tontonan.
Dalam salah satu video mereka yang mendapat tontonan paling ramai di YouNow, Abu Sin, memberitahu Crockett: “Saya rakyat Arab Saudi.”
Sementara Crockett tersenyum dan menjawab sambil menyelak rambut perangnya: “Itu menarik, saya rakyat Amerika Syarikat.”
Sepanjang perbualan, Abu Sin, kadang-kadang mengeluarkan kenyataan dalam bahasa Arab, ‘Apa yang dia katakan!?’
Kelihatan gementar dan seronok, Abu Sin kemudian mengucapkan beberapa perkataan Bahasa Inggeris yang diketahuinya, menyatakan: “Saya juga cintakan awak. Saya juga cintakan awak. Saya juga cintakan awak.”
Crockett membalas: “Saya tidak tahu apa yang awak katakan, tetapi saya benar-benar cintakan awak.”
Perbualan itu menjadi perhatian di Arab Saudi yang menyaksikan jarang sekali wanita dan lelaki bukan mahram saling berjumpa antara satu sama lain.
Walaupun perbualan jelas tidak menjejaskan apa-apa, media Arab Saudi melaporkan remaja itu ditahan lewat bulan lalu kerana ‘tindak tanduk tidak beretika’ disebabkan video berkenaan. – AGENSI
Sumber: Bharian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Remaja Arab Saudi yang viral bervideo chat dengan gadis seksi Amerika Syarikat ditahan atas dakwaan tindak-tanduk tidak beretika"
Post a Comment