Seorang wanita berusia 30 tahun yang bertindak merantai kaki anak perempuannya di tiang lampu di Bandar Sunway dekat sini telah disoal siasat dan dilepaskan pada malam Rabu.
Punca murid dirantai pada tiang sudah diketahui, rupanya dirantai ibu
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata polis dimaklumkan mengenai insiden itu di Apartmen Lagoon Perdana dekat Bandar Sunway kira-kira pukul 6.53 petang Rabu.
Baca artikel sebelum: Gambar kaki murid perempuan dirantai pada tiang dikecam netizen
“Apabila anggota kami tiba di lokasi, sekumpulan orang ramai berkumpul di keliling budak perempuan itu yang dirantai di sebatang tiang,” katanya.
Kira-kira 10 minit kemudian, ibunya datang dan mengakui merantai anak perempuannya itu.
Polis kemudiannya menasihatkan ibu kanak-kanak itu supaya melepaskan budak berusia lapan tahun itu yang dirantai kerana sering tidak mahu pergi ke sekolah.
Katanya, ibu dan kanak-kanak perempuan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk disoal siasat.
Mohammad Azlin berkata ia adalah kali pertama kanak-kanak itu dirantai dan polis kemudiannya melepaskan mereka.
Sumber: MStar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Punca murid dirantai pada tiang sudah diketahui, rupanya dirantai ibu kerana tak mahu ke sekolah"
Post a Comment