Mahkamah Tinggi di sini, memutuskan bekas pengurus Zizan Razak, Marina Juki berhak mendapat 15 peratus daripada pendapatan pengacara itu sepanjang 2011 sehingga Mei 2015.
15% hak bekas pengurus Zizan
Pesuruhjaya Kehakiman Roslan Abu Bakar membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Marina terhadap keputusan Mahkamah Sesyen pada 4 April lalu yang menolak tuntutan samannya.
Mahkamah membuat keputusan itu berdasarkan perjanjian antara kedua-dua pihak pada 3 Mei 2011 sehingga 5 Mei 2015.
Mahkamah turut memerintahkan Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abd Razak membayar kos RM10,000 kepada Marina.
Pada 5 November 2014, Marina memfaikan saman terhadap Zizan yang didakwa melanggar syarat perjanjian apabila mengikat kontrak dengan syarikat lain, sebelum kontraknya bersama Wire Fame tamat.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Mahkamah putuskan Marina Juki berhak dapat 15% pendapatan Zizan Razak dari 2011 sehingga Mei 2015"
Post a Comment