Seorang lelaki di bandar Zhuzhou di wilayah Hunan menjalani prosedur membesar payu dara yang menelan belanja lebih 39,000 yuan (RM24,000) kerana berpendapat ia mencerahkan peluangnya untuk mendapat pekerjaan.
Lelaki besar payu dara untuk cari kerja
Lelaki besar payu dara untuk cari kerja
Bagaimanapun, lelaki berkenaan, Ho, terpaksa membuang implan itu kira-kira sebulan selepas menjalani prosedur itu selepas ia mencetuskan kemarahan keluarganya.
Menurut laporan media tempatan, Ho memilih menjalani pembedahan kosmetik itu kerana yakin dia akan memperoleh pekerjaan.
Dia menjalani prosedur itu di sebuah hospital di Chansha Ogos lalu.
Selepas keluarganya menyedari tindakannya, Ho terpaksa membuang implan berkenaan pada 26 September.
Dia memberitahu seorang wartawan, tindakannya mencetuskan banyak masalah.
Katanya, dia bosan selepas gagal mendapatkan pekerjaan sepanjang beberapa tahun lalu.
“Saya mengambil keputusan mengubah penampilan saya kerana percaya peluang saya mendapat pekerjaan akan lebih cerah dengan mempunyai payu dara lebih besar,” katanya.
Bagaimanapun, ibunya begitu berang selepas mendapat tahu dia meminjam lebih 39,000 yuan untuk menjalani pembedahan itu.
“Saya sungguh takut. Bagaimana ia boleh berlaku. Bagaimana seorang lelaki dengan payu dara besar akan memperoleh pekerjaan. Saya menangis sepanjang masa selepas mengetahui tindakan anak saya,” katanya. – Agensi
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Lelaki besarkan payudara kerana mahu cerahkan peluang dapat kerja"
Post a Comment