Mula berkenalan melalui aplikasi sembang WeChat, seorang murid perempuan berusia 12 tahun menjadi hamba seks kepada pemuda berusia 24 tahun.
Sebagai pemuas nafsu, kanak-kanak berkenaan akan diberikan syabu sebagai imbuhan.
Gadis 12 tahun dijadikan hamba seks kenalan WeChat demi syabu
gambar dari: orangmuda.tv
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata aktiviti kanak-kanak berkenaan terbongkar selepas ibu mangsa menyedari perubahan sikap pada anaknya itu.
Kanak-kanak itu kemudian menceritakan apa yang terjadi selepas dipujuk ibunya.
”Ibunya telah membawa mangsa ke hospital untuk pemeriksaan dan mendapati ada kesan koyakan baharu dan juga lama yang menunjukkan mangsa aktif melakukan seks.
”Suspek dipercayai memberikan syabu kepada kanak-kanak berkenaan. Bayangkan dia baru berumur 12 tahun dah pandai syabu; bayangkan 12 tahun sudah pandai seks,” kata Mohd Rozi dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Ibu mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar semalam.
Polis sudah mengenal pasti suspek yang mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan dadah.
Ujarnya, polis sudah membuka kertas siasatan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 375, Kanun Keseksaan kerana merogol.
Sumber: Awani
lagi info di :
MALAYSIA TRENDING NOW
Related Posts :
Sam4n Sebab Pakai Kaca Mata Hitam? Ini Kenyataan Pihak P0lis Selepas Satu Audio TularKuala Lumpur: Jabatan Si4satan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman men4fikan p0lis mengeluarkan sam4n kepada individu yang memakai c… Read More...
Bekas suami sudah kahwin lain, sekali peminat ded4h Laudya Cynthia Bella sudah ada pengganti?DI saat hari bahagia pernikahan Engku Emran dan Noor Nabila pada pagi Jumaat, nama bekas isteri Engku Emran, pelakon Indonesia, Laudya Cynth… Read More...
KJ Baru Je Ambil Vksin Sinovac Dari China. Tetapi Apa Yg Berlaku Kepadanya Selepas Itu Mngejutkan RamaiBaru-baru ini, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ membuat kenyataan beliau tidak akan mengambil vksin jenis Pfizer-BioNTech ya… Read More...
Soulmate beri pelvkan terakhir di balkoni! Suami sukar percaya hilang isteri sekelip mata, tinggalkan dirinya bersama 6 anak – “Inhaler terjatuh, badan terus lembik”TANGGAL 6 Februari 2021 pasti menjadi tarikh yang tidak akan dilupakan oleh lelaki ini sehingga bila-bila.
Pada tarikh inilah, isteri t… Read More...
“Biar Betol PU Riz Tak Dijemput?”- Teman Lelaki Athisha Pun Datang,Tapi Kelibat Tunang Neelofa,PU Riz Tak Nampak Pun?Umum mengetahui, Noor Nabila telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan Engku Emran semalam. Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga ter… Read More...
0 Response to "Gadis 12 tahun dijadikan hamba seks kenalan WeChat demi syabu"
Post a Comment