Bung Moktar merungut lagi, diraba-raba kasar dan terlalu ganas

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) sekali lagi merungut dan mengadu di Dewan Rakyat yang dirinya “diraba” ketika pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.

Bung Moktar merungut lagi

Bung Moktar merungut lagi

Bung Moktar merungut lagi

“Dulu saya dah bangkit. Kalau kita melawat mana-mana negara termasuk negara ketiga yang lebih mundur dari Malaysia, mereka tidak lagi guna pemeriksaan meraba-raba mengguna tangan.

“Saya lalu lapangan terbang, cara raba-raba kasar dan terlalu ganas. Jadi saya nak tahu macam mana pihak lapangan terbang masih meraba-meraba di Malaysia,” kata Bung Moktar ketika membahaskan Bajet 2017.

Menurutnya, lapangan terbang di negara-negara lain menggunakan peralatan dan mesin yang canggih untuk pemeriksaan keselamatan dan Malaysia sewajar mengikut langkah yang sama.

“Lapangan terbang negara lain tidak ada, dia (guna) mesin imbas canggih, dia periksa kalau ada bawa bom kalau ada bawa pisau, tapi (kita guna) raba-raba. Saya tak suka diraba-raba.

“Saya tidak suka, pihak kementerian kena ambil perhatian panggil DCA (Jabatan Penerbangan Awam) bincang, kita masih guna raba-raba,” katanya.

Pandangan beliau disokong oleh Dr Siti Mariah Mahmud (AMANAH-Kota Raja) yang bangkit dan berkata tindakan itu suatu bentuk “gangguan seksual” dan bahawa Bung Moktar perlu membuat laporan.

Ini adalah kali kedua Bung Moktar telah merungut mengenai perkara yang sama sejak 2014.

November lalu, seorang lagi ahli parlimen dari Sabah Marcus Mojigoh (BN-Putatan) membangkitkan isu yang sama.

Ketika itu, Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi menjawab bahawa mesin pengimbas tidak semestinya tepat dan cara memeriksa badan menggunakan tangan adalah cara lebih berkesan.

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Bung Moktar merungut lagi, diraba-raba kasar dan terlalu ganas"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect