Budak 12 tahun hilang selepas merajuk dimarahi bapa ditemui dalam surau

Selepas lebih 15 jam menghilangkan diri kerana merajuk selepas dimarahi bapanya petang kelmarin, Mohd Fikri Mohd Wasli, 12, ditemui di sebuah surau dekat Kampung Sungai Midin di sini, pada 12.56 tengah hari semalam.

Budak 12 tahun hilang selepas merajuk dimarahi bapa

Budak 12 tahun hilang selepas merajuk dimarahi bapa

Mohd Fikri ditemui selamat anggota bomba yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak pagi semalam.

Difahamkan, orang awam melihat kanak-kanak itu menuju hutan pada 7 petang kelmarin, selepas dikatakan merajuk dimarahi bapanya sebelum kejadian.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sarawak Farhan Sufyan Borhan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan Mohd Fikri daripada Balai Polis Gita.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Batu Lintang bergerak ke kawasan hutan berdekatan kampung berkenaan jam 6.04 pagi tadi (semalam) untuk menjalankan operasi SAR.

“Kami masuk ke beberapa kawasan yang dikenal pasti di hutan berkenaan namun tidak menemui sebarang petunjuk. Mohd Fikri ditemui di surau berkenaan tengah hari tadi (semalam),” katanya.

Operasi SAR ditamatkan jam 12.57 tengah hari dan Mohd Fikri diserahkan kepada keluarganya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Budak 12 tahun hilang selepas merajuk dimarahi bapa ditemui dalam surau"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect