Apabila Burger 'Tepi Jalan', P Ramlee Jadi Mangsa

Apabila Burger 'Tepi Jalan', P Ramlee Jadi Mangsa
Makna nama P Ramlee (Tan Sri) dalam kehidupan masyarakat Melayu khususnya dalam kalangan penggiat industri perfileman tempatan dan Singapura cukup besar ertinya. Beliau ialah Seniman Agung yang diminati ramai penonton berbilang bangsa pelbagai generasi yang mengagumi karya lakonan dan arahannya.

Sungguhpun P Ramlee sudah lebih empat dekad meninggalkan karyanya di dunia, dia tetap dihormati dan menjadi ikon pada generasi baru. Jika kubur P Ramlee disemadikan di Jalan Ampang, namanya juga popular sebagai salah satu jalan di Kuala Lumpur yang menempatkan pusat hiburan.

Terbaru, nama bintang filem terkenal itu juga dikaitkan dengan nama sejenis burger yang dipromosikan sebuah premis restoran yang tidak mempunyai Sijil Halal. Meskipun, burger itu tidak secara jelas merujuk nama aktor itu tetapi persepsi pengguna percaya ia adalah makanan halal sehingga mengetahui ia sebenarnya burger babi.

Laporan Harian Metro semalam menyatakan premis restoran itu menggunakan nama burger P Ramly sebagai penghargaan pada burger Ramly yang sudah lama berniaga di negara ini dan bukannya P Ramlee yang didakwa berlaku secara tidak sengaja.

Bagi rakyat Malaysia, burger Ramly yang dikenali ramai dengan 'trademark' burger 'tepi jalan' cukup popular sejak sekian lama dan begitu sinonim dengan status halal. Persoalannya, mengapa perlu makanan bukan halal dikaitkan dengan makanan halal lain kononnya mahu memberi penghormatan? Lebih menjijikan, ia menggunakan nama orang Melayu yang boleh mencetuskan sensitiviti dan salah faham.

Seminggu sebelum cerita burger babi ini menjadi viral di media sosial, pengguna Islam juga diusik dengan pandangan skeptikal segelintir pihak yang berfikiran dangkal termasuk orang Islam sendiri mempertikai tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menggesa premis makanan francais antarabangsa, Auntie Anne's menukar nama salah satu menunya, 'Pretzel Dog' untuk proses mendapatkan Sijil Halal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memberi penjelasan di Dewan Rakyat  baru-baru ini mengatakan JAKIM dari masa ke semasa menilai kembali konteks garis panduan sijil halal supaya ia bukan saja mendapat pengiktirafan di peringkat piawaian antarabangsa tetapi paling penting tidak menyusahkan orang lain.

Lebih penting, apa yang ingin beliau sampaikan adalah mengenai aspek 'Thoyyiba' yang menjadi penambahbaikkan dibuat JAKIM pada tahun 2015 iaitu istilah pada nama yang menjurus pada kemudaratan, kekeliruan dan sesitiviti pada masyarakat Islam diberi penekanan. (Baca lagi: Sebab Tukar Nama 'Pretzel Dog',Fahami Prinsip 'Thoyyiba)
 
Dalam satu kenyataan Persatuan Ulama Malaysia (PUM) yang dimuat naik di Facebook menerusi Bahagian Hab Halal, JAKIM baru-baru ini meminta usahawan menghormati prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan JAKIM yang turut dijadikan rujukan pelbagai pihak di peringkat antarabangsa.

PUM juga mengatakan Islam tidak pernah membebankan sesiapa malah SOP bertujuan memudahkan urusan usahawan dengan pendekatan yang digunakan dalam hal pensijilan halal ini bertepatan dengan prinsip Maqasid Syariah.

"Syarat dan garis panduan yang ada sudah tentu untuk memudahkan proses mendapatkan sijil berkenaan. Pada masa sama, PUM menyeru supaya syarikat yang ingin memohon sijil itu untuk mematuhi piawaian, syarat dan SOP yang digariskan.

"PUM juga berharap orang ramai supaya tidak mencemuh sesiapa dalam isu ini. Jangan menuduh dan menyebarkan berita yang tidak benar," katanya mengulas isu Auntie Anne's.

Menerusi akaun Facebook, Bahagian Hab Halal, JAKIM, orang ramai khususnya umat Islam boleh mendapatkan pelbagai maklumat dan kesahihan status halal sesuatu produk yang menjadi persoalan ramai pengguna. JAKIM juga menyatakan Pensijilan Halal Malaysia telah melalui banyak evolusi dari segi penambahahbaikan proses pensijilan halal termasuk memperkenalkan Sistem Jaminan Halal dan standard pengurusan pensijilan halal yang menepati piawaian ISO/IEC 17065.

JAKIM juga menjalinkan kerjasama rakan strategik seperti Jabatan Standard Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, persatuan industri serta badan bukan kerajaan (NGO) dalam memacu usaha memperkasakan pensijilan halal Malaysia yang sebenarnya berjaya mengangkat standard sijil halal negara ini ke peringkat antarabangsa.

Selain isu burger P Ramly dan Auntie Anne's, isu halal juga pernah terpalit pada coklat Cadbury apabila salah satu produknya, Cadbury Milk Kids tertera gambar babi. Bagaimanapun, pihak Cadbury Malaysia menyatakan ia adalah produk import dan bukannya dibuat di negara ini. 

Difahamkan, pengimportan dan pembelian mana-mana coklat Cadbury oleh pihak ketiga adalah di luar kawalan Cadbury Malaysia yang tidak mempunyai hak menyekat. Cadbury Malaysia juga menyatakan coklat yang dibuat di sini mematuhi Sijil Halal Malaysia. 

Justeru, sebarang produk makanan yang dijual di negara ini digesa mengelak penggunaan nama yang mengelirukan umat Islam mengenai status halal. Seperti diperkatakan JAKIM, usahawan atau premis perniagaan diminta menghormati SOP ditetapkan JAKIM yang menjadi rujukan piawaian antarabangsa.  



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Apabila Burger 'Tepi Jalan', P Ramlee Jadi Mangsa"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect