Isu cikgu bercium, siasatan dalaman perlu dilakukan bagi memastikan video viral dua individu bercumbu melibatkan guru sahih, kata Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).
Video viral cikgu bercium dalam pejabat sekolah, NUTP arah kesahihan disiasat
Video viral cikgu bercium dalam pejabat sekolah, NUTP arah kesahihan disiasat
Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berkata perbuatan sumbang itu amat memalukan dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) tidak boleh berdiam diri.
“Jika betul, ia memang memalukan. Bagi peringkat awal, siasatan dalaman perlu dilakukan membabitkan sekolah dan PPD.
“Kita ada pegawai aduan di peringkat PPD yang akan ke sekolah bagi membuat siasatan dakwaan itu,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Video lapan minit tersebar di media sosial minggu lalu memaparkan aksi intim dua individu yang kelihatan seperti di sebuah pejabat sekolah.
Aksi berkenaan didakwa dirakam oleh lelaki dalam video itu, mendapat kecaman netizen kerana melakukan perbuatan tidak bermoral.
Sumber: Projek MMO
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Video viral cikgu bercium dalam pejabat sekolah, NUTP arah kesahihan disiasat"
Post a Comment