Ibu pergi clubbing, anak menjerit dan menangis dalam kereta

Seorang wanita bakal didakwa kerana mengurung anaknya di dalam kereta sementara beliau pergi ke kelab malam, Ahad lepas.

Menurut laporan Dailymail, beberapa orang awam menemui anak wanita berumur 25 tahun tersebut menjerit-jerit dan menangis dalam sebuah kereta.

Anak menangis dalam kereta, ibu 'clubbing'

Anak menangis dalam kereta, ibu ‘clubbing’

Orang awam kemudian cuba mencari pemilik kenderaan di kawasan sekitar namun gagal, lalu menelefon polis.

Polis yang tiba tidak lama kemudian pula memanggil mekanik untuk membuka kereta berkenaan yang terkunci dari dalam.

Ibu kanak-kanak tersebut kemudian tiba dan memberitahu polis beliau pergi ke kelab malam bersama rakan sepejabat.

Polis Schaffhausen memberitahu beliau boleh didakwa atas tuduhan cuai dalam tanggungjawab menjaga anak.

Polis masih menyiasat kejadian tersebut.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Ibu pergi clubbing, anak menjerit dan menangis dalam kereta"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect