Tan Sri Harussani Zakaria mendakwa tidak berkecil hati dengan anugerah satira yang diberikan kepadanya Ahad lalu, menganggap ia lebih menyerlahkan “kebodohan” penganjur.
Mufti Perak itu berkata Aiyoh… Wat Lah! Adalah kononnya anugerah orang jahil yang tidak memahami konteks perundangan dalam Islam.
Tan Sri Harussani tak kecil hati ‘menang anugerah’ dari ‘Aiyoh…Wat Lah!’ atas isu rogol dalam perkahwinan, anggap ianya menunjukkan kebodohan penganjur
“Saya tidak terasa hati tapi terasa kebodohan dengan tindakan NGO berkenaan.
“Saya akan meneruskan dakwah seperti biasa. Apa yang mereka lakukan tiada kena mengena dengan saya,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Aiyoh Wat Lah! mengenengahkan kenyataan seksis, anti-wanita, anti-homoseks dan anti-transgender oleh sebarang individu dan institusi tempatan, dan bukan sekadar para agamawan.
Edisi tahun ini mengangkat kenyataan Harussani menidakkan konsep rogol dalam perkahwinan sebagai pemenang kategori “menghina intelek.”
Ia diberi kepada kenyataan Harussani pada 27 April tahun lepas, memetik hadis Nabi Muhammad kononnya wanita wajib patuh kehendak seks suami, walaupun diminta ketika sedang menunggang unta.
Anugerah kali kelima itu dianjurkan Kumpulan Bertindak Bersama bagi Kesaksamaan Gender (JAG) dan Inisiatif Kesaksamaan Gender (GEI), sebuah inisiatif mahasiswa di universiti swasta.
Sumber: Malay Mail
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Tan Sri Harussani tak kecil hati ‘menang anugerah’ dari ‘Aiyoh…Wat Lah!’ atas isu rogol dalam perkahwinan, anggap ianya menunjukkan kebodohan penganjur"
Post a Comment