Tak pernah miliki kereta, Goh Liu Ying gembira dapat kereta pertama

Sebelum mencipta nama di persada sukan Olimpik Rio de Janeiro dan selepasnya, apa yang dilalui atlet beregu campuran badminton negara, Goh Liu Ying tidak banyak berubah.

Liu Ying gembira kini miliki kereta pertama

Liu Ying gembira kini miliki kereta pertama

Latihan di gelanggang tetap menjadi rutinnya sebagai seorang pemain profesional walaupun kini namanya sudah dikenali umum.

Di usia 27 tahun dan status sebagai seorang atlet siapa sangka wanita yang tidak lokek dengan senyuman ini tidak pernah memiliki kereta sendiri sepanjang hidupnya.

Bagi Liu Ying, Suprima S 1.6L Turbo Premium yang dihadiahkan oleh syarikat automobil pertama negara ternyata menggembirakan sebagai kereta pertama dalam hidupnya.

“Sebelum ini tak ada beli kereta, ini pertama,” katanya ringkas kepada Malaysiakini ketika ditemui pada majlis penyampaian penghargaan Proton kepada Olimpian negara di Subang Jaya, hari ini.

Tambahnya, ganjaran yang diterimanya itu menjadi sesuatu yang amat bermakna dalam hidupnya.

Sementara itu, ditanya responnya berkaitan populariti yang melonjak tiba-tiga hinggakan ramai pihak mencari-cari nombor telefonnya, Liu Ying hanya menjawab sambil tersenyum.

“Mungkin sebelum ini orang tak berapa kenal saya, (seperti) gambar pengiklanan sebenarnya dilakukan sebelum saya ke Rio.

“Sekarang pun ada tapi biasa-biasa saja, tumpu latihan,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin sebelum ini memberitahu ramai orang meminta nombor telefon Liu Ying daripadanya.

Selain Goh, ganjaran Proton yang disampaikan Khairy turut diterima Pandelela Rinong, ‎Cheong Jun Hoong (atlet terjun), Chang Peng Soon (gandingan Goh) serta Goh V Shem dan Tan Wee Kiong (beregu badminton lelaki).

Bagi pemain nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei, beliau menerima intensif kereta model Proton Perdana Premiun atas kejayaannya meraih pingat dalam tiga temasya Olimpik sebelum ini.

Bagi pelumba basikal pertama meraih pingat gangsa Olimpik Azizulhasni Awang menerima ‎Proton Persona serba baru.

Pandelela harap beri inspirasi

Sementara itu, Pandelela Rinong juga ada kisah tersendiri yang bermakna serta dengan ganjaran yang diberikan Proton kali ini.

“Pada empat tahun lalu ketika saya menang pingat gangsa, saya beli kereta Proton Exora untuk keluarga.

“Saya terkejut sebab tak sangka ramai yang beri sokongan dalam bentuk macam ini,” katanya mengulas intensif yang diterima itu.

Tambah penuntut Universiti Malaya itu berkata, dia bersyukur dan berharap ganjaran tersebut dapat memberi inspirasi kepada atlet-atlet lain dan masyarakat.

“Ganjaran seperti ini diharap dapat memberi inspirasi kepada orang lain sebab ramai orang di luar sana rasa karier sebagai atlet tidak menguntungkan.

“Sebenarnya kalau kita kerja keras, tidak putus asa sudah tentu akan memberikan kejayaan,” ujarnya.

 

Sumber: Malaysiakini



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Tak pernah miliki kereta, Goh Liu Ying gembira dapat kereta pertama"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect