Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengambil keterangan empat kakitangan Kementerian Pelancongan berhubung siasatan terhadap seorang ‘Datuk Seri’ daripada kementerian itu yang dipercayai terlibat salah guna kuasa.
SPRM Siasat ‘Datuk Seri’, Ambil Keterangan Kakitangan Kementerian Pelancongan
Menurut sumber, SPRM telah melakukan penggeledahan di pejabat kementerian berkenaan sejak Selasa lepas untuk mengumpul bukti.
SPRM juga telah mengambil keterangan daripada seorang setiausaha sebuah syarikat pelancongan berkaitan siasatan kes berkenaan.
“Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini,” kata sumber itu.
Siasatan dimulakan sejurus SPRM mendapat maklumat berhubung dakwaan salah guna kuasa ‘Datuk Seri’ berkenaan daripada orang awam. – Bernama
Sumber: Mstar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "SPRM geledah pejabat Kementerian Pelancongan untuk siasat salah guna kuasa seorang Datuk Seri"
Post a Comment