Jadi bini kedua ni kena banyak sabar dengan perangai madu – Luahan seorang isteri kedua

Saya adalah bini kedua, sekadar berkongsi bersama-sama. Suami dan madu saya adalah orang yang tinggi agama, berpelajaran, saya lihat madu saya sangat bersopan, saya tahu saya bersalah kerana mengambil suaminya untuk berkongsi kasih.

Jadi bini kedua ni kena banyak sabar dengan perangai madu - Luahan seorang isteri kedua

Jadi bini kedua ni kena banyak sabar dengan perangai madu – Luahan seorang isteri kedua

Tapi keindahan kesopanannya telah hilang begitu saja, saya dihina dan di maki sesuka hati sehingga dengan mudah menjatuhkan hukuman tuhan terhadap saya, kerana insan seperti saya tak akan masuk syurga kerana meruntuhkan rumahtangga orang.

Sejak tu, suami tak berani secara terangan menemui saya, jika isterinya dapat tahu mereka akan bergaduh besar.

Saya sering mempertikaikan jubah dipakai suami bila dikenangkan saya terlalu mengikut hati muda,sepatutnya saya belajar memahami situasi suami ketika ini.

Ketika ini, saya seakan redha dan menuruti kehendak madu, apa saja saya akan turuti, saya tak mahu dituduh hanya mahu mengambil seronok, sedangkan saya begitu menyayangi suami.

Saya datang ke rumah madu tiap kali dia tiada di rumah kerana bekerja.

Saya kemaskan rumahnya dan mengajar anak-anaknya dalam pelajaran, tapi peliknya semakin kuat saya mengambil hatinya, semakin kuat madu membenci saya.

Lantas saya dan suami mengambil keputusan untuk merahsiakan tiap kali pertemuan dan lebih kerap berbohong walaupun hakikatnya suami bertemu saya.

Setiap hari bekerja saya akan membawa bekal dan kami akan bertemu ketika itu, cuma nak berkongsi bersama makan bersama, kerana kalau jadi isteri tu biar la sepenuh hati.

Saya lihat dan bertanya dalam hati kenapa suami mengambil saya untuk dijadikan isteri, suami kata dia sangat menyayangi saya, dan isteri pertama tidak ada cacat celanya.

Tapi dalam perhatian saya, madu saya seorang yang pemalas, bilik tidurnya sangat susah saya nak gambarkan, tak terurus langsung, masakkannya sekadar ala kadar.

Pernah satu ketika sedang saya masak di rumahnya, didapati bahan untuk di masak tidak lengkap.

Saya call dan tanya di mana dia letak bahan masakkan tu, senang dia menjawab, orang kalau pandai masak tak perlukan semua tu.

Masa tu dalam hati saya dapat rasakan, dia sangka dia masak selama ni sedap, kesian suami saya tengah malam cari makan kat rumah saya walaupun suami tak pernah cerita apa-apa.

Tapi saya dapat rasakan suami tak menyenangi, madu saya seorang kaki bisnes sering keluar rumah dan sibuk dengan kawan-kawan sekerja.

Bukan niat saya untuk berkata yang saya bagus, saya jugak mengambil peluang dan tingkatkan usaha terus mengambil hati suami.

Saya pastikan rumah, bilik serta segalanya nampak sempurna di mata suami.

Jika kamu isteri kedua, kamu kena banyak bersabar, jangan sesekali kurang ajar atau tinggi suara dengan madu.

Turuti kehendak dia, terus menerus mengambil hati suami bila suami ada, urutkan badan suami, mandi bersama dan selalu bermanja dengan suami tapi awas.

Jangan mengada-gada suami tak akan suka, kamu juga kena pandai buat lawak atau paling tidak pun buat suami selalu ketawa dengan tiap kata-kata yang kamu keluarkan.

Uruskan anak dengan sempurna, jadilah seorang isteri yang boleh berdikari.

Jangan susahkan suami dengan perkara yang remeh, dengar la kata-kata saya, suami akan sentiasa ingin bersama kamu bila kamu tiada di sisi, suami akan sentiasa merindui kamu dan selalu ingin bersama kamu.

Kepada isteri pertama, saya mohon maaf, saya sedar golongan seperti saya sangat dipandang serong oleh masyarakat, saya minta maaf.Tapi sukar dikatakan, saya sudah mengelak dari membina hidup dengan suami orang.

Memohon allah tunjukkan jalannya dan kini Allah jodohi saya dengan suami orang.

Saya akui saya bahagia walaupun saya tak sepenuhnya punyai suami seperti orang lain.

Maafkan saya, dan seandainya saya tidak akan masuk syurga seperti madu saya kata, saya mohon Allah ampuni la dosa saya kerana menikahi suami orang.

Maafkan saya.

Sumber: Ohmymedia

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Jadi bini kedua ni kena banyak sabar dengan perangai madu – Luahan seorang isteri kedua"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect