Sepupu Ratu Elizabeth, Lord Ivar Mountbatten jadi ahli keluarga diraja Britain pertama mengaku dirinya gay kepada umum

Sepupu Ratu Elizabeth, Lord Ivar Mountbatten, 53, menjadi ahli keluarga diraja Britain yang pertama membuat pengakuan dirinya seorang gay.

Mountbatten yang mempunyai tiga anak dengan bekas isterinya, Penelope Thompson (Penny), memberitahu akhbar Daily Mail hari ini selepas sekian lama menyembunyikan rahsianya, beliau gembira menjalin hubungan dengan pasangannya, James Coyle, seorang pengarah perkhidmatan kabin penerbangan.

Sepupu Ratu Elizabeth, Lord Ivar Mountbatten jadi ahli keluarga diraja Britain pertama mengaku dirinya gay kepada umum

Sepupu Ratu Elizabeth, Lord Ivar Mountbatten jadi ahli keluarga diraja Britain pertama mengaku dirinya gay kepada umum

“Penny mengetahui perkara itu sebelum kami berkahwin. Saya memberitahunya bahawa saya seorang biseksual. Beliau memahaminya, justeru saya terhutang budi kepadanya.

“Membuat pengakuan sebagai seorang gay adalah frasa yang lucu, namun itulah yang sepatutnya saya lakukan untuk hidup gembira.

“Sudah lama saya menyimpan rahsia ini,” kata Mountbatten, cicit kepada Ratu Victoria. – Reuters

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Sepupu Ratu Elizabeth, Lord Ivar Mountbatten jadi ahli keluarga diraja Britain pertama mengaku dirinya gay kepada umum"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect