“Pada mulanya kami menyangkakan Syara terkena penyakit kayap sehinggalah doktor mengesahkan ia akibat gigitan serangga dikenali sebagai Charlie,” kata Fara Fauzan Ahmad Ramizun, 27, ibu kepada Syara Eryyna Mohd Syafiq, 3, ketika dihubungi, semalam.
Semut kayap makan kulit
Kanak-kanak itu mengalami luka melepuh seperti terkena percikan api dan luka teruk di kaki kiri akibat terkena toksin serangga berkenaan.
Charlie atau nama saintifiknya kumbang Rove mempunyai toksin yang boleh menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit teruk iaitu ‘dermatitis linearis’, malah boleh mengancam nyawa jika mengalami alahan teruk.
Serangga itu yang lebih dikenali sebagai semut kayap mengandungi toksin paling berbisa di dunia, Pederin dan tahap keracunan tinggi biarpun selepas dikeringkan dan disimpan selama lapan tahun.
Fara Fauzan berkata, belakang lutut anak sulungnya mula timbul merah seperti ruam pada 25 Ogos lalu sebelum keesokkannya menjadi makin merah dan menggelembung.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Semut Charlie makan kulit dan boleh ancam nyawa"
Post a Comment