Pemandu teksi mohon bantuan Perdana Menteri sekat Uber dan GrabCar

Kesepakatan Persatuan Teksi Se Malaysia (KPTSM) memohon bantuan Perdana Menteri supaya sekat Uber dan GrabCar yang didakwa menjejaskan pendapatan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak, Pemandu Teksi Lembah Klang (PTLK), Zailani Isa Usuludin, yang bernaung bawah KPTSM, mendakwa pihak bertanggungjawab iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam darat (SPAD), tidak tegas menangani isu berkenaan dan segala tuntutan mereka selama ini dipandang sepi.

Pemandu teksi mohon bantuan Perdana Menteri sekat Uber dan GrabCar

Pemandu teksi mohon bantuan Perdana Menteri sekat Uber dan GrabCar

“Justeru, kami mewakili lebih 77,000 pemandu teksi dan kereta sewa seluruh negara, sepakat untuk merangka memorandum bagi mengenengahkan kesengsaraan kami kepada Datuk Seri Najib Razak, supaya beliau dapat melihat sendiri permasalahan yang kami dihadapi.

“Kami tidak pernah membantah atau menolak kemajuan teknologi, namun dalam hal ini, ia disalahguna oleh pemilik aplikasi Uber dan GrabCar dengan menyediakan kemudahan itu kepada kenderaan persendirian dan pemandu tidak bertauliah.

“Perhimpunan hari ini disertai wakil pemandu teksi dan kereta sewa dari seluruh negara. Kami sebulat suara bersetuju untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri pada 26 September ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, kumpulan pemandu teksi berkenaan bermesyuarat bagi membincangkan isi kandungan memorandum yang akan diserahkan kepada pihak kerajaan dan juga pembangkang.

Antara kandungan memorandum itu termasuk penolakan Program Transformasi Industri Teksi (TITP) kerana program yang diperkenalkan SPAD itu didakwa tidak memberi sebarang manfaat kepada industri teksi negara.

Kata Zailani, selagi perkhidmatan Uber dan GarbCar terus berjalan, pihaknya merasakan program TITP yang dicadangkan tidak mampu menaik taraf perkhidmatan teksi, malah akan membebankan mereka.

Jelas beliau, transformasi yang akan dilaksanakan itu juga dilihat sebagai tidak telus dan lebih kepada agenda pihak SPAD dalam menghalalkan kegiatan Uber dan GrabCar di negara ini.

“Isi kandungan inisiatif transformasi yang dicadangkan turut menjadikan industri teksi bercelaru dan menimbulkan ketidakseimbangan dalam sektor pengangkutan awam,” katanya.

Sumber: Bharian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Pemandu teksi mohon bantuan Perdana Menteri sekat Uber dan GrabCar"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect