Mufti Perak ‘menang anugerah menghina intelek’ oleh NGO atas kenyataannya tiada istilah rogol dalam perkahwinan, isteri wajib patuh walaupun diminta ketika tunggang unta

Tan Sri Harussani Zakaria “memenangi” anugerah “menghina intelek” semalam untuk kenyataan beliau menidakkan konsep rogol dalam perkahwinan tahun lepas.

Anugerah itu diberi dalam acara “Aiyoh…wat lah?!” anjuran gabungan hak-hak wanita, yang mengetengahkan kenyataan seksis, anti-wanita, anti-homoseks dan anti-transgender oleh individu dan institusi tempatan.

Mufti Perak 'menang anugerah menghina intelek' oleh NGO atas kenyataannya tiada istilah rogol dalam perkahwinan, isteri wajib patuh walaupun diminta ketika tunggang unta

Mufti Perak ‘menang anugerah menghina intelek’ oleh NGO atas kenyataannya tiada istilah rogol dalam perkahwinan, isteri wajib patuh walaupun diminta ketika tunggang unta

Pada 27 April tahun lepas, Harussani mendakwa bahawa wanita wajib akur kepada kehendak suami untuk hubungan seks, kecuali jika sedang haid, sakit atau sedang pantang.

Beliau memetik hadis Nabi Muhammad kononnya wanita wajib patuh, walaupun diminta ketika sedang menunggang unta.

Menurut beliau, rogol dalam perkahwinan cuma satu konsep yang diperkenalkan oleh golongan Eropah.

Sudah tahun keenam, anugerah itu dianjurkan oleh Joint Action Group on Gender Equality bersama Gender Equality Initiative, sebuah inisiatif mahasiswa di universiti swasta.

Sumber: Malay Mail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Mufti Perak ‘menang anugerah menghina intelek’ oleh NGO atas kenyataannya tiada istilah rogol dalam perkahwinan, isteri wajib patuh walaupun diminta ketika tunggang unta"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect