KECOH di laman sosial dengan kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim berhubung tugu berbentuk burung helang sebagai mercu tanda sebuah tempat yang berkaitan dengan burung helang.
Memetik kenyataan Zamri dalam sebuah ruang kolum akhbar Berita Harian pada 2 September, pembinaan tugu sedemikian adalah haram di sisi Islam kerana ia menyerupai bentuk haiwan hidup iaitu burung helang.
Kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim pembinaan tugu burung helang di Langkawi haram di sisi Islam cetus kekecohan
Mengulas kenyataan yang dikeluarkan Zamri, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, ketika dihubungi Astro AWANI menjelaskan, membina replika atau tugu menyerupai benda hidup sememangnya dilarang.
“Apa sahaja benda hidup, kecuali pokok, tidak boleh dibina sebagai replika atau tugu jika ia dibuat dalam keadaan yang lengkap semua anggota,” kata Harussani.
Diminta pendapat jika tugu yang dikenali sebagai ikon pelancongan seperti yang terdapat di Pulau Langkawi perlu dirobohkan, beliau enggan memberikan komen.
“Yang perlu difahami, yang dilarang tetap dilarang,” tambahnya.
Di laman sosial, ramai yang terkejut apabila ada yang sudah mula mencadangkan agar tugu itu dirobohkan.
Majoriti pengguna laman sosial berkongsi rasa hairan mengapa hal ini tidak dibangkitkan ketika tugu itu sedang dalam pembinaan.
Kenapalah tugu burung helang tu depa nak robohkan, tu mercu tanda langkawi kutt, mana ada orang dok pi puja kat situ
macam2
— IsmayantySyazwani (@ismayantyQZ) September 3, 2016
Someone pls explain in 140 characters on why Tugu Helang is haraam ?
— Najwa (@njwrose) September 3, 2016
kalau tugu Helang tu haram
maka Tugu Negara pon haram la kan?ke sebab Helang tu binatang?
— Ξ¥ΞM∆Π™ (@freax305) September 3, 2016
"Tugu helang Langkawi haram dari sudut agama"
That's it. I'm logging off Twitter for the day http://pic.twitter.com/am6xfzY7lZ
— Asrul Muzaffar (@asrulmm) September 3, 2016
Portal Malaysiakini hari ini melaporkan, Timbalan Mufti Kedah, Sheikh Marwazi Dziyauddin memberitahu, pihaknya akan terlebih dahulu berbincang dengan majlis jawatankuasa fatwa, berhubung tugu helang tersebut.
Tugu itu yang diletakkan di Dataran Lang, Pulau Langkawi merupakan antara tarikan utama pelancong yang berkunjung ke pulau legenda tersebut.
Penduduk tempatan percaya tugu berkenaan punya kaitan dengan sejarah asal-usul nama Langkawi.
Sumber: Awani
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Kenyataan Timbalan Mufti Perak, Zamri Hashim pembinaan tugu burung helang di Langkawi haram di sisi Islam cetus kekecohan"
Post a Comment